Friday, September 25, 2009

masa itu emas bagiku




Disebelah kiri atas adalah tempat kerjaku yang pertama. Aku mula bekerja disini pada tahun 2003.....banyak kenangan pahit dan manis semasa aku bekerja disini tetapi jika dihitung , 15 % sahaja aku merasai manisnya manakala selebihnya adalah pahit yang teramat sangat. Paling manis di kfc ialah aku boleh ke luar negeri iaitu Phuket. W/pun begitu namun aku tetap bersyukur kerana disinilah aku dibentuk selama 6 tahun untuk menjadi insan yang bertelinga tebal, tahan maki hamun sentiasa senyap tetapi masih mampu melakukan kerja dibawah tekanan tahap maksima. Dibangunan inilah aku dinaikkan pangkat sebagai STORE IN CHARGE maknanye satu restoran tu aku yang handle. Disinilah aku mula memahami cara menguasai pemikiran staff, mengira stok supaya cukup dan bekerja berdasarkan displin yang tinggi. Di kfc juga aku mula belajar menghargai masa......masa itu amat penting. Dulu ditepi tingkap ( sebelah kiri pintu ) aku selalu merenung masa depan dan memikirkan bilakah cahaya baru akan muncul dalam diriku..memberi ruang masa untuk keluarga ku........memberi lebih rezeki untuk anak-anak ku.....tapi amat lambat ia datang kepadaku. Org diluar selalu menganggap kerja kfc amat mudah , manager hanya berdiri dan memandang tapi jika mereka dipersilakan masuk kedalam kfc aku rasa tak sampai satu hari mereka dah resign... so? adakah aku patut bangga bertahan selama 6 tahun di kfc ? kekadang aku bangga gak coz aku dapat membuktikan aku nie seorang yang tabah. Lastly kenangan bekerja di kfc yang paling aku tak lupekan sekarang ialah apabila anak- anak ku memandang lambang kfc mereka akan menjerit ABAH !!!!! KFC ABAH!!!! dan dgn tersenyum aku akan menjawab BUKAN KFC ABAH.....LAHHHHH SEKARANG BANK ABAH. Dan sekarang aku dah bekerja di Bank Persatuan sejak mei lalu dan aku sudah mendapat semula masa untuk keluarga yang aku idam-idam kan sekarang .....kerja dibawah tekanan tahap tinggi dan yang penting nya aku dah boleh hidup bermasyarakat.TERIMA KASIH BUAT ISTERI TERCINTA HASLINDA SHARIF YANG MEMBACA IKLAN DI PAPER DAN MEMAKSAKU MENGHANTAR RESUME KE BANK PERSATUAN....I LOVE U....
Pada kekawan aku yang baca blog nie aku nak nasihat sesuatu
JANGANLAH MENGELUH ATAS APA YANG ADA PADA KAMU SEKARANG KERANA DISEBELAH KAMU AKAN ADA INSAN YANG LEBIH MERANA DARI KAMU.SYUKURLAH PADA APA YANG ADA PADAMU SEKARANG.
SO PADA CIKGU2 TUE JGNLAH NAK MENGELUH SANGAT. CUBA KERJA KFC SAT.......OK BYE....

No comments:

Post a Comment