Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDIL FITRI


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA KEKAWAN YANG MENGENALI DIRIKU...tahun ni aku beraya di tenggaroh mersing, umah pak mentua aku...menarik dan tak berasa sunyi disini. Dapat juga aku merasai ketupat nasi, selalunye asyik ketupat pulut ajer . oklah gamba nie nampak pelik tak ? coz aku cam GIANT kat dalam tue heheheheh.....AIK NAPE AKU PAKAI BAJU KALER BARISAN NASIONAL NIE.....MMMMM
MAAF ZAHIR BATIN KWN KWN

Friday, September 25, 2009

masa itu emas bagiku




Disebelah kiri atas adalah tempat kerjaku yang pertama. Aku mula bekerja disini pada tahun 2003.....banyak kenangan pahit dan manis semasa aku bekerja disini tetapi jika dihitung , 15 % sahaja aku merasai manisnya manakala selebihnya adalah pahit yang teramat sangat. Paling manis di kfc ialah aku boleh ke luar negeri iaitu Phuket. W/pun begitu namun aku tetap bersyukur kerana disinilah aku dibentuk selama 6 tahun untuk menjadi insan yang bertelinga tebal, tahan maki hamun sentiasa senyap tetapi masih mampu melakukan kerja dibawah tekanan tahap maksima. Dibangunan inilah aku dinaikkan pangkat sebagai STORE IN CHARGE maknanye satu restoran tu aku yang handle. Disinilah aku mula memahami cara menguasai pemikiran staff, mengira stok supaya cukup dan bekerja berdasarkan displin yang tinggi. Di kfc juga aku mula belajar menghargai masa......masa itu amat penting. Dulu ditepi tingkap ( sebelah kiri pintu ) aku selalu merenung masa depan dan memikirkan bilakah cahaya baru akan muncul dalam diriku..memberi ruang masa untuk keluarga ku........memberi lebih rezeki untuk anak-anak ku.....tapi amat lambat ia datang kepadaku. Org diluar selalu menganggap kerja kfc amat mudah , manager hanya berdiri dan memandang tapi jika mereka dipersilakan masuk kedalam kfc aku rasa tak sampai satu hari mereka dah resign... so? adakah aku patut bangga bertahan selama 6 tahun di kfc ? kekadang aku bangga gak coz aku dapat membuktikan aku nie seorang yang tabah. Lastly kenangan bekerja di kfc yang paling aku tak lupekan sekarang ialah apabila anak- anak ku memandang lambang kfc mereka akan menjerit ABAH !!!!! KFC ABAH!!!! dan dgn tersenyum aku akan menjawab BUKAN KFC ABAH.....LAHHHHH SEKARANG BANK ABAH. Dan sekarang aku dah bekerja di Bank Persatuan sejak mei lalu dan aku sudah mendapat semula masa untuk keluarga yang aku idam-idam kan sekarang .....kerja dibawah tekanan tahap tinggi dan yang penting nya aku dah boleh hidup bermasyarakat.TERIMA KASIH BUAT ISTERI TERCINTA HASLINDA SHARIF YANG MEMBACA IKLAN DI PAPER DAN MEMAKSAKU MENGHANTAR RESUME KE BANK PERSATUAN....I LOVE U....
Pada kekawan aku yang baca blog nie aku nak nasihat sesuatu
JANGANLAH MENGELUH ATAS APA YANG ADA PADA KAMU SEKARANG KERANA DISEBELAH KAMU AKAN ADA INSAN YANG LEBIH MERANA DARI KAMU.SYUKURLAH PADA APA YANG ADA PADAMU SEKARANG.
SO PADA CIKGU2 TUE JGNLAH NAK MENGELUH SANGAT. CUBA KERJA KFC SAT.......OK BYE....

Thursday, September 3, 2009

1957 HATI MALAYA



Pada 30 ogos 2009 , aku menonton tv filem bertajuk 1957 hati malaya. sebenarnye aku dah lama nak menonton filem ni tapi tak pernah pun jumpe CD nye Aku memang meminati cite tentang politik dan sejarah kerana ia kadangkala boleh mengingatkan kepada kite siapakah diri kite yang sebenarnya. Perwatakan yang dibawa oleh semua pelakon dalam cite nie mmg membanggakan sampaikan isteriku pun faham balik tentang sejarah yang diajar pada timgkatan 4 dan 5 nie.
Walaupun keseluruhan filem ini disifatkan sebagai satu lagi propaganda UMNO (pada aku lah ) tapi aku rase ia memang mencerminkan pergolakan , semangat perjuangan dan setiakawan masyarakat pada masa tue. Semoga dengan kemerdekaan tahun ini kite semua akan beroleh semangat baru CINTAKAN NEGARA DAN ISLAM tidak kiralah pandangan kite dari segi politik ataupun peribadi. Insya allah.

Monday, August 24, 2009

ramadhan


terbit fajar atau senja yang menjelma ? tak kiralah ape pun pandangan kite ia bermakna masa akan terus berputar setiap hari ....dimulakan dengan fajar dan disinggahi dengan senja dan diakhiri dengan malam hari. damaikah kita setiap hari dengan putaran sebegini ? ataupun hati kite masih lesu dengan ramadan yang dipermulaan ? moga ramadan kali adalah satu kelas tarbiah untuk insan semua dan penyambung kepada jalan kebaikan yang sentiasa lurus. Wallahualam.

Friday, August 21, 2009


aik...ibu yang main ke anak yang main ?

santai di giant



lepas bersantap di taman tasik taiping , aku bawa anak -anak aku bersantai plak di giant taiping. Bukan ajar depa cara nak membeli-belah tau.....tapi mengajar depa bagimana nak mewarna menggunakan pasir. Setiap bulan aku pasti bawa shafiya untuk mewarna pasir nie. Daripada latihan anak-anak akan pandai menilai warna dan boleh mengikut arahan. mula-mula dulu aku ingat benda nie membazir aje tapi bile dah melibatkan diri aku tahu dan faham konsep pengajaran ini. Untuk kali ini for birth day aimin aku ajar aimin mewarna dan aku lihat die cepat belajar .Come and join us !

hai....nampaknye aimin dah nak ganti abah ke? takpun ini satu simbolik masa abah dan ibu bersanding dulu...emm ingat saat suap-menyuap ketika bersanding kan. Pada kawan-kawan mesti pernah merasa saat suap menyuap ni masa bersanding kan...so ingatlah, pastikan acara suap-menyuap dipersada persandingan hanya sekali seumur hidup...

saat-saat meniup lilin bersama-sama kakak tercinta

harijadi aimin


aimin dilahirkan 13 ogos 2007. mmm kalau sesape yang teringat aimin lahir ketika nurse nurse di wad kecemasan tengah sibuk ngan kemalangan bas di bukit gantang yang megorbankan 26 nyawa yang berdosa dan tak berdosa.pada harijadi aimin , aku hanya belikan kek kecik yang tak ditempah pun....see and buy tapi ini tak bermakna aku dan ibu tak sayangkan die. i love u aimin....santapan bersama kek itu hanyalah burger mcdonald. terpaksalah aku tunggu sampai kul 12 tgh hari coz waktu tue burger McD murah sikit.

langkawi


tanggal 9hb ogos lepas , ibu pegi ke langkawi untuk menghadiri kursus. kembali semula ke tempat abah dan ibu berbulan madu 5 thn lepas. Banyak juga perubahan yang berlaku dari makam mahsuri hinggalah ke tempat shopping. tiada ape yang nak diceritakan cume marilah ke langkawi untuk shopping .inialah 3 sahabat ibu yang bersama-sama mengiringi dan mendampingi ibu masa tue.

Thursday, August 20, 2009

terima kasih

thanks for jafnie coz mengikuti perkembangan blog aku. aku tertarik gak tengok blog ko yang ader video tue. insya allah aku akan update blog aku tomorrow....if today never dies...

Friday, August 7, 2009

MuTiArA KaTa

Menangisi Perpisahan Akibat Gagal Bercinta
Adalah Satu Pembaziran Mutiara Jernih Kita
Dan Juga Menguji Sejauh Mana Kebodohan Kita
Tetapi
Dengan Menangisi Dan Menyesali Akan Dosa Kita
Lantas Meminta Pengampunan DariNYA
Akan Lebih Menjamin Dunia Dan Akhirat

sua rasa.......


ari sabtu lepas aku pegi ipoh p tengok sua rasa,,
aku dpt jumpe ceplos dan ambil gambar die.
aku minat gak ngan ceplos nie tapi tak tgk sgt siri die coz selalu lupe waktu siarannya

bergaya sakan......


hai ...semalam abah ngan ibu pi beli kasut untuk ibu kursus ke langkawi tgk tgk anaknya nak juga baju . akhirnya abah beli juga baju for hari raya nie....cantik tak baju yang abah pilih . Baju F1. seronok tengok anak-anak kita hidup dalam kegembiraan.kegembiraan anak-anak adalah ubat kedukaan kite. kedukaan anak anak adalah semangat kite untuk melalui arus kehidupan.



baju pink shafiya tue ibu die yang pilih. ari nie abah pun kena beli baju gak for dinner malam sok. sebenarnya abah malas nak bergaya baju baru tapi ibu tue yang suruh sangat . lelaki nie simple aje...kan.kwn kwn disana dah prepare untuk hari raya ke ? dan jangan lupe prepare material tapi preparation untuk solat terawih, witir dn doa buka posa dihafal. abah nie doa buka posa mesti nak kena hafal balik.

Thursday, August 6, 2009

JOM P JALAN-JALAN..


Hujung minggu nie,aktiviti kami sekeluarga berpecah... ibu p kursus sambil makan angin kat langkawi 2 hari manakala abah p dinner and kursus di bayan lepas 3 hari....
yang kesian sekali dah tentu anak-anak yang terpaksa ditinggalkan....
SHAFIYA IRDINA & SHAHIN MUHAIMIN....
permata hati kami yang disayangi dan tentunya yang nakal dan cute...
insyaallah next week kita sambut birthday aimin yang ke-2 sambil kita p jalan-jalan...

Wednesday, August 5, 2009

terima kasih.....

buat sham dan ila...terima kasih kerana sudi meng klik blog aku yang memang pun tak seberapa. Aku akui ia tak lah seindah blog elis yang ada gambar, ayat quran tapi dah aku tak pandai lagi nak buat camne kan. walaubagaimanapun aku akan terus belaja dan belaja. ari nie aku nak mencoretkan pasal bisnes bio aura aku...( pada sesiapa yang tak tau dah tau le sekarang ).



bisnes nie mendapat perhatian kakitgn kerajaan sampai byk kakitgn kerajaan buat loan pasal nak menyertai bisnes nie. aku pun tak pasti samada bisnes nie menguntungkan ke tidak. Yang nyatanye akan balik modal jugakla.Sebagai pengurus bank byk juga loan dikeluarkan untuk mereka mereka ini yang berminat so aku harap hasil pinjaman mereka itu nanti berbaloi.insya allah.dan bank aku tak lingkup coz depa tak dapat nak bayar pinjaman. nasib baik ada angkasa bukan angkasawan yang mampu nak menguruskan pinjaman tersebut. haaa.. sebut pasal angkasa nie aku tak puas hati tul ngan si omar osman (si cuepacs tu) yang mengada-ngada nak suruh cuepacs kendalikan or ganti angkasa.....takpe aku sambung cite ni lain kali.

Tuesday, August 4, 2009

diari semalam

hai....semlm aku dan family tak buat ape..dok kat umah ajer layan cite hindustani kat astro 133..best gak. Aku tertarik tgk cite kamal hasan nie..tambah tambah topik die tentang rasuah di jabatan kerajaan.Sape yang minta rasuah kena bunuh ...ish ish ish..nasib baik kawan aku byk cikgu so kebarangkalian depa nak minta rasuah 0.01 % le.nak minta rasuah kat sape ? anak murid ? hmmmmm seposen dapat le...

ari nie first time aku menaip blog untuk diriku..aku dah rase boleh buat sikit sikit tapi nak post picture aku tak pandai lagi..takpelah slow slow blaja kan.

petang tadi aku mengajar isteriku menulis atikel didalam blog ini supaya blog ini dapat dijadikan luahan rasa hati kami berdua...