Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDIL FITRI


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA KEKAWAN YANG MENGENALI DIRIKU...tahun ni aku beraya di tenggaroh mersing, umah pak mentua aku...menarik dan tak berasa sunyi disini. Dapat juga aku merasai ketupat nasi, selalunye asyik ketupat pulut ajer . oklah gamba nie nampak pelik tak ? coz aku cam GIANT kat dalam tue heheheheh.....AIK NAPE AKU PAKAI BAJU KALER BARISAN NASIONAL NIE.....MMMMM
MAAF ZAHIR BATIN KWN KWN

Friday, September 25, 2009

masa itu emas bagiku




Disebelah kiri atas adalah tempat kerjaku yang pertama. Aku mula bekerja disini pada tahun 2003.....banyak kenangan pahit dan manis semasa aku bekerja disini tetapi jika dihitung , 15 % sahaja aku merasai manisnya manakala selebihnya adalah pahit yang teramat sangat. Paling manis di kfc ialah aku boleh ke luar negeri iaitu Phuket. W/pun begitu namun aku tetap bersyukur kerana disinilah aku dibentuk selama 6 tahun untuk menjadi insan yang bertelinga tebal, tahan maki hamun sentiasa senyap tetapi masih mampu melakukan kerja dibawah tekanan tahap maksima. Dibangunan inilah aku dinaikkan pangkat sebagai STORE IN CHARGE maknanye satu restoran tu aku yang handle. Disinilah aku mula memahami cara menguasai pemikiran staff, mengira stok supaya cukup dan bekerja berdasarkan displin yang tinggi. Di kfc juga aku mula belajar menghargai masa......masa itu amat penting. Dulu ditepi tingkap ( sebelah kiri pintu ) aku selalu merenung masa depan dan memikirkan bilakah cahaya baru akan muncul dalam diriku..memberi ruang masa untuk keluarga ku........memberi lebih rezeki untuk anak-anak ku.....tapi amat lambat ia datang kepadaku. Org diluar selalu menganggap kerja kfc amat mudah , manager hanya berdiri dan memandang tapi jika mereka dipersilakan masuk kedalam kfc aku rasa tak sampai satu hari mereka dah resign... so? adakah aku patut bangga bertahan selama 6 tahun di kfc ? kekadang aku bangga gak coz aku dapat membuktikan aku nie seorang yang tabah. Lastly kenangan bekerja di kfc yang paling aku tak lupekan sekarang ialah apabila anak- anak ku memandang lambang kfc mereka akan menjerit ABAH !!!!! KFC ABAH!!!! dan dgn tersenyum aku akan menjawab BUKAN KFC ABAH.....LAHHHHH SEKARANG BANK ABAH. Dan sekarang aku dah bekerja di Bank Persatuan sejak mei lalu dan aku sudah mendapat semula masa untuk keluarga yang aku idam-idam kan sekarang .....kerja dibawah tekanan tahap tinggi dan yang penting nya aku dah boleh hidup bermasyarakat.TERIMA KASIH BUAT ISTERI TERCINTA HASLINDA SHARIF YANG MEMBACA IKLAN DI PAPER DAN MEMAKSAKU MENGHANTAR RESUME KE BANK PERSATUAN....I LOVE U....
Pada kekawan aku yang baca blog nie aku nak nasihat sesuatu
JANGANLAH MENGELUH ATAS APA YANG ADA PADA KAMU SEKARANG KERANA DISEBELAH KAMU AKAN ADA INSAN YANG LEBIH MERANA DARI KAMU.SYUKURLAH PADA APA YANG ADA PADAMU SEKARANG.
SO PADA CIKGU2 TUE JGNLAH NAK MENGELUH SANGAT. CUBA KERJA KFC SAT.......OK BYE....

Thursday, September 3, 2009

1957 HATI MALAYA



Pada 30 ogos 2009 , aku menonton tv filem bertajuk 1957 hati malaya. sebenarnye aku dah lama nak menonton filem ni tapi tak pernah pun jumpe CD nye Aku memang meminati cite tentang politik dan sejarah kerana ia kadangkala boleh mengingatkan kepada kite siapakah diri kite yang sebenarnya. Perwatakan yang dibawa oleh semua pelakon dalam cite nie mmg membanggakan sampaikan isteriku pun faham balik tentang sejarah yang diajar pada timgkatan 4 dan 5 nie.
Walaupun keseluruhan filem ini disifatkan sebagai satu lagi propaganda UMNO (pada aku lah ) tapi aku rase ia memang mencerminkan pergolakan , semangat perjuangan dan setiakawan masyarakat pada masa tue. Semoga dengan kemerdekaan tahun ini kite semua akan beroleh semangat baru CINTAKAN NEGARA DAN ISLAM tidak kiralah pandangan kite dari segi politik ataupun peribadi. Insya allah.

Monday, August 24, 2009

ramadhan


terbit fajar atau senja yang menjelma ? tak kiralah ape pun pandangan kite ia bermakna masa akan terus berputar setiap hari ....dimulakan dengan fajar dan disinggahi dengan senja dan diakhiri dengan malam hari. damaikah kita setiap hari dengan putaran sebegini ? ataupun hati kite masih lesu dengan ramadan yang dipermulaan ? moga ramadan kali adalah satu kelas tarbiah untuk insan semua dan penyambung kepada jalan kebaikan yang sentiasa lurus. Wallahualam.

Friday, August 21, 2009


aik...ibu yang main ke anak yang main ?

santai di giant



lepas bersantap di taman tasik taiping , aku bawa anak -anak aku bersantai plak di giant taiping. Bukan ajar depa cara nak membeli-belah tau.....tapi mengajar depa bagimana nak mewarna menggunakan pasir. Setiap bulan aku pasti bawa shafiya untuk mewarna pasir nie. Daripada latihan anak-anak akan pandai menilai warna dan boleh mengikut arahan. mula-mula dulu aku ingat benda nie membazir aje tapi bile dah melibatkan diri aku tahu dan faham konsep pengajaran ini. Untuk kali ini for birth day aimin aku ajar aimin mewarna dan aku lihat die cepat belajar .Come and join us !

hai....nampaknye aimin dah nak ganti abah ke? takpun ini satu simbolik masa abah dan ibu bersanding dulu...emm ingat saat suap-menyuap ketika bersanding kan. Pada kawan-kawan mesti pernah merasa saat suap menyuap ni masa bersanding kan...so ingatlah, pastikan acara suap-menyuap dipersada persandingan hanya sekali seumur hidup...