Thursday, September 3, 2009

1957 HATI MALAYA



Pada 30 ogos 2009 , aku menonton tv filem bertajuk 1957 hati malaya. sebenarnye aku dah lama nak menonton filem ni tapi tak pernah pun jumpe CD nye Aku memang meminati cite tentang politik dan sejarah kerana ia kadangkala boleh mengingatkan kepada kite siapakah diri kite yang sebenarnya. Perwatakan yang dibawa oleh semua pelakon dalam cite nie mmg membanggakan sampaikan isteriku pun faham balik tentang sejarah yang diajar pada timgkatan 4 dan 5 nie.
Walaupun keseluruhan filem ini disifatkan sebagai satu lagi propaganda UMNO (pada aku lah ) tapi aku rase ia memang mencerminkan pergolakan , semangat perjuangan dan setiakawan masyarakat pada masa tue. Semoga dengan kemerdekaan tahun ini kite semua akan beroleh semangat baru CINTAKAN NEGARA DAN ISLAM tidak kiralah pandangan kite dari segi politik ataupun peribadi. Insya allah.